Majlis Sambutan Hari Sukan Negara
9 Oktober 2016 | Aktiviti TerkiniSempena Hari Sukan Negara yang dijalankan serentak di seluruh negara, PPR Kg Muhibbah juga turut serta menjayakan program ini pada 8 Oktober 2016. Dirasmikan oleh YB Haji Othman Bin Hamzah Pengerusi MPPWP Sub Zon 8 Bandar Tun Razak, acara ini diselang seli kan dengan acara cabutan bertuah. Kesemua acara bertempat di Dataran Blok A dan Pusat Komuniti PPR Kg Muhibbah. Pelbagai acara telah dijalankan. Antara acara tersebut ialah Zumba, Senamrobik, Bola Sepak, Futsal, Badminton dan Pingpong.
Manakala untuk sukan rakyat pulak acara yang dijalankan ialah congkak, catur, dam aji, bowling padang serta tarik tali. Acara sukaneka juga turut dijalankan untuk pelajar bawah 12 tahun. Acara ini tamat pada pukul 4 petang selepas acara penyampaian hadiah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: